Suara Blogger Sabahan
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
IndexHomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Sila baca dulu

Go down 
AuthorMessage
Ketuakampung
Admin



Posts : 4
Join date : 07/11/2009

Sila baca dulu Empty
PostSubject: Sila baca dulu   Sila baca dulu EmptyMon Nov 09, 2009 7:24 am

Selamat datang dan selamat berforum di bloggersabahan.forumms.net!

Forum ini merupakan sebuah komuniti yang memberikan perbualan atau perbincangann serta perkongsian bebas dan sihat. Maksudnya topik-topik yang dibuka dalam forum ini tidak ada kaitan dengan perkara atau hal-hal kurang sihat, jenayah, dadah, persundalan, seks, penghinaan, pergaduhan dan lain-lain perkara buruk yang tidak dapat diterima umum. Oleh itu, member-member yang telah mendaftar dalam forum ini diyakini mempunyai personaliti yang baik, sopan, bijak, hormat-menghormati dan tahu apa yang baik dan tidak baik. Kepada mereka-mereka yang hanya sekadar mahu menjatuhkan maruah, menghina, memburuk-burukkan sesuatu keadaan, dinasihatkan supaya jangan menjadi member dalam forum ini.

Peraturan

1) Membuka topik baru

Member boleh membuka seberapa banyak topik yang diingini tetapi topik mestilah yang berkaitan dengan perbincangan. Topik yang mempunyai kata-kata kesat, kurang sopan, penghinaan akan di buang. Member yang memcipta topik tersebut juga akan dikeluarkan.

2) Membalas topik

Member boleh membalas mana-mana topik yang diingini. Seperti biasa, perbincangan tidak boleh menggunakan kata-kata kesat, kurang sopan, penghinaan atau apa saja yang tidak dapat diterima umum.

3) Log masuk dan Log keluar

Member yang ingin memulakan sesuatu topik hendaklah log masuk terlebih dahulu. Member boleh log keluar pada bila-bila masa.

4) Memasukkan gambar / imej

Gambar atau imej boleh dimasukkan ke dalam topik perbincangan dengan syarat gambar atau imej yang mempunyai motif kurang sopan, penghinaan dan persundalan, dan lain-lain perkara negatif tidak dibenarkan sama sekali.

5) Username dan password

Username ialah nama ganti anda dan password adalah katalaluan anda. Sila jaga kata laluan anda dan jangan berikan kepada sesiapa yang anda tidak kenali. Sila gunakan username yang baik dan sopan.



Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila pos di ruangan cadangan dan kritikan


p/s: ruangan ini akan diupdate!
Back to top Go down
 
Sila baca dulu
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Suara Blogger Sabahan :: Papan Atas :: Layan sini dulu!-
Jump to:  
Free forum | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions